Polis Nak Tangkap Saya, Tangkaplah! - Tun Mahathir

Saya bersedia sekiranya ditangkap oleh pihak polis berhubung kehadirannya ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.


Itulah kenyataan yang disuarakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi.

"Itu hak mereka. Nak tangkap, tangkaplah,"

Tambah beliau kerjasama yang sepenuhnya akan diberinya sekira pihak polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.

Selain itu, apabila ditanya mengenai Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, Mahathir berkata tindakan perhimpunan baju merah itu tidak perlu dilakukan kerana menyerupai perhimpunan di Bangkok, Thailand.

Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.

Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "Undur Najib".


Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis "Tun, you are not alone" dan "welcome Tun M".



Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment