Kuala Lumpur: Seorang penganggur ditahan didalam bilik hotel kerana tidak dapat memberikan penjelasan tepat mengapa dia berada dibilik tersebut.
Dia ditahan dibawah akta kesalahan kecil 1955, di Pearl Point Hotel, Jalan Klang Lama, pada Ahad.
Faisal Mohamad,33,mengaku bersalah selepas gagal memberikan penjelasan setelah berada didalam hotel seorang wanita dengan 4 botol pencuci mulut, bra,seluar dalam wanita, kondom serta losyen.
Menurut kenyataan, lelaki tersebut menurut pelayan hotel mungkin menceroboh masuk ke dalam bilik yang didaftarkan ke atas nama seorang wanita.
Ketika ditanya mengapa dia berada di tempat kejadian, Faisal mendakwa dia sedang mencari perkhidmatan mengurut di tingkat 9.
Dia kemudiannya menjumpai peralatan mengurut diluar bilik di tingkat 11 dan mengetuk setiap bilik untuk mencari bilik yang 'betul', sebelum menemui bilik yang tidak berkunci dan masuk ke dalam bilik tersebut.
Kemudiannya dia ditahan, tidak lama selepas masuk dibilik tersebut.
Sumber: Thestaronline
0 comments:
Post a Comment