Foto artis separuh bogel tersebar


KUALA LUMPUR : Kecoh seketika apabila tersebarnya gambar separuh bogel aktres popular di laman sosial malam tadi. Gambar yang hanya berseluar dalam itu jelas menampakkan wajah pelakon wanita terbabit menyebabkan akaun Instagram miliknya diserbu peminat yang mahukan kesahihan berhubung perkara itu. Pelakon berusia 20-an itu bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri sehingga kini dan tida menjawab sebarang pertanyaan.


Gambar itu didakwa disebarkan oleh rakan pelakon itu sendiri yang dikatakan mahu menganiaya beliau. Terdahulu, pelakon wanita itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, rentetan kisah cintanya yang mendapat perhatian semua pihak. Susuk tubuhnya yang semakin susut juga menimbulkan tanda tanya dan beliau turut mengejutkan ramai kerana tampil berpakaian seksi ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

Sumber: Bharian

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment