Bintang reality TV yang mempunyai bilangan penonton yang semakin meningkat selepas dia dikisahkan dalam sebuah dating TV show.
Beliau tidak menyangka yang kawannya mencadangkan beliau di dalam rancangan realiti tersebut, kerana dia hanya menganggap kawannya itu tidak lebih daripada seorang abang.
Cadangan kawannya itu berakhir dengan kekecewaan apabila Peng Yang menolak lamaran lelaki tersebut semasa lelaki itu melutut untuk melamarnya.
Dia tiba dengan 20 biji kereta mewah dan sejambak bunga untuk menawan hati Peng tetapi nampaknya tidak membuahkah hasil. Aduh sakitnya!
Lelaki itu mengupah untuk membawa kereta mewah seperti Ferrari dan Mercedes-Benz dalam usaha untuk menambat hati Peng supaya jatuh cinta kepadanya.
Perbuatannya itu menarik perhatian orang ramai untuk merakam dan mengambil gambar mereka dengan harapan Peng akan berkata ‘Ya’. Peng kelihatan tidak selesa dan cuba untuk tidak memalukan lelaki itu pada mulanya berkata,
“Saya mohon awak berdiri. Orang tengok!.” “Kenapa awak perlu lakukan semua ni,”katanya meminta rakannya berdiri.
Selepas beberapa ketika, dia meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga mungkin untuk mengelakan rasa malu dengan orang ramai yang mengerumuni.
Sumber: Era FM
0 comments:
Post a Comment