KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menjalankan siasatan terperinci terhadap kes pergaduhan membabitkan seorang pengguna dan seorang peniaga di Plaza Low Yat kelmarin. Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati bersalah dalam insiden itu. "Tindakan akan diambil terhadap semua tanpa mengira kaum. Ini termasuk individu yang mencuri, kumpulan yang memukul dan individu yang menyebarkan maklumat tidak tepat di laman sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zahid turut memandang serius penyebaran berita palsu dan tidak tepat sehingga mencetuskan api perkauman dalam masyarakat di Malaysia.
"KDN buta warna dalam menguatkuasakan undang-undang. Sesiapa yang bersalah akan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment