Ada duit semua benda boleh buat kan. Penyanyi Jennifer Lopez khabarnya mempunyai data simpanan maklumat yang akan membantunya membuat pilihan baju mana yang harus di pakai setiap hari. Hebatnya!
Menurut satu sumber yang terdekat dengan penyanyi dan pelakon ini, J.Lo dikatakan memiliki sistem berteknologi tinggi itu untuk mengesan setiap pakaian supaya tidak dipakai lebih daripada sekali.
“Semuanya berlaku ketika J.Lo hadir di sebuah majlis dan seseorang telah menyedari di kasutnya terdapat barcode. Ketika ditanya sama ada kasut itu dipinjam, J.Lo ketawa sambil menyatakan bahawa semua kasut dan pakaiannya memiliki sistem kod khas.”
“Sistem kod ini akan digunakan untuk menyemak segala pakaian, kasut dan aksesori J.Lo sudah dipakai atau belum.” Jelasnya.
Semua pakaian J.Lo yang memiliki sistem kod ini mempunyai maklumat yang terperinci mengenai setiap pakaiannya. “Kod itu akan memberi maklumat termasuk gambar, ukuran, warna dan paling penting bila tarikh terakhir dipakai.”
“J.Lo menganggap dirinya dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Sebab itu beliau berhati-hati dan tidak mahu dilihat memakai busana yang sama dua kali.”
Begitulah betapa hebatnya para pelakon dan penyanyi dari Hollywood. Mereka akan lakukan apa sahaja yang dirasakan menarik buat mereka.
Sumber: Era
0 comments:
Post a Comment