Pelajar Tertekan Asyik Diliwat Ustaz Puaka

Pulau Pinang: Memang puaka, seorang ustaz yang diharapkan dapat menyebarkan ilmu agama kepada pelajar sebenarnya syaitan bertopengkan manusia.

Ustaz puaka yang berusia 33 tahun itu meliwat bekas pelajar selama setahun sehingga pelajar itu kini tertekan diperlakukan sedemikian rupa.

Suspek yang juga mengenali ibu dan bapa mangsa sering ke rumah dan membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan 'ulang kaji'.

Rupanya mangka yang asyik 'dikaji' secara berulang sehingga perbuatan jijik itu terbongkar apabila mangsa mengadu kepada ibu bapanya.

Mangsa juga diugut dan akan dimarahi jika melawan dan tidak memuaskan nafsu ustaz tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan menerima laporan dan tangkapan terhadap suspek.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu laporan kesihatan mangsa daripada Hospital Sungai Bakap (HSB) dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.

sumber: Hmetro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment