Shah Alam: Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman, 40, di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari ini.
Linda yang juga bekas anggota kumpulan Elite selaku plaintif menghantar borang itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Linda yang berpakaian jubah hitam tiba pada 9.30 pagi bersama beberapa ahli keluarganya.
Linda berkata, suaminya melafazkan cerai terhadapnya kira-kira 7.30 pagi Selasa lalu di kediaman mereka di sini dengan disaksikan ibu dan dua anaknya.
Linda yang kini hamil tiga bulan berkata, dia sukar menerima tindakan suaminya itu kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumah tangganya.
"Saya fobia dan tawar hati dengan dia terhadap apa yang berlaku ini malah dia tidak mengaku dengan apa yang dilafazkan," katanya.
Syed dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3.
Menerusi perkahwinan pertama Linda bersama Keifli Othman, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 14, dan Rezaiman Keiflin, 12.
Bagaimanapun Rezaiman atau Memen meninggal dunia akibat kanser perut 5 Julai tahun lalu.
Sumber: MyMetro
0 comments:
Post a Comment