Bank Tak Terima Ringgit?



Seorang pelajar kecewa selepas tindakannya untuk menukar ringgit Malaysia kepada Pound Sterling tidak dibenarkan.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Johor menurut Nurayuni Daud (nama samaran) menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk menukar wang tersebut.

Dakwanya, pihak bank tidak berani niagakan ringgit Malaysia kerana kebimbangan mengalami kerugian bagi pihak bank.

Tambahnya kepada Sinar Online juga dia hanya menukarkan wang dalam jumlah yang kecil iaitu RM1,500.

"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.

Lebih parah apabila dia ke pusat pertukaran wang juga tidak menerima pertukarannya. Semalam Ringgit Malaysia jatuh pada kadar 1 Pound Sterling bersamaan pada RM6.54.

Ketika ditanya, Nurayuni memberitahu kehidpuan di United Kingdom masih lagi baik kerana peluang kerja sambilan yang banyak disamping kos kehidupan yang rendah.

"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.-CARI Infonet.

sumber: Sinar Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment