Dunia oh dunia, bagaimana agaknya kertas soalan UPSR ni boleh bocor, siapa agaknya dalangnya dan motifnya apa pulak? Jom kita baca kertas Soalan UPSR Bocor
Satu mesej menasihatkan ibu bapa kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membeli akhbar Berita Harian keluaran Isnin lalu, telah menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi mesej yang tersebar itu, calon UPSR diminta untuk membuat soalan yang disediakan dalam ruangan Didik khususnya bagi subjek English.
Difahamkan, mesej viral itu telah disebarkan oleh tenaga pengajar dari sekolah tertentu.
Hal ini sekali gus mencetuskan persoalan ramai sama ada kertas peperiksaan bagi subjek English yang bakal berlangsung esok telah bocor.
Apatah lagi, mengimbas kembali episod duka buat calon UPSR tahun 2014 lalu apabila beberapa subjek dikatakan bocor sehingga peperiksaan terpaksa dijalankan semula
0 comments:
Post a Comment