Makan Lewat Banyak Penyakit, KKM Tetap Ingatkan

Agaknya semua sudah sedia maklum makan malam akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Tetapi harus diingat, kadangkala benda ni bukan disengajakan, mungkin lewat makan gara-gara kerja yang harus disiapkan, hal peribadi dan sebagainya.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam tetap mengingatkan rakyat Malaysia, amalan mereka yang gemar makan waktu malam bakal mengundang penyakit.

Subramaniam membuat perbandingan dengan negara lain yang sukar mendapatkan makanan pada lewat malam namun tidak di Malaysia.

Selain beliau memberitahu, pelbagai inisiatif dilakukan KKM untuk menyedarkan rakyat untuk mengamalkan makanan bernutrisi.

"Misalnya kita menyediakan aplikasi yang dikenali sebagai 'MyNutriApp' untuk mengira jumlah kalori yang diambil dalam makanan kita," katanya kepada Bernama.

Malaysia memang terkenal dengan budaya lepak di kedai mamak yang kebanyakkan beroperasi 24 jam. 

Jun lalu, ada desas-desus untuk membatalkan operasi 24 kedai mamak tersebut kerana ada yang beranggapan ia punca gejala sosial di kalangan masyarakat dan juga membangkitkan selera rakyat di tengah malam
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment